Monday, January 19, 2009

Lecturers All Stars vs The Rest of the World

Pada satu hari Ahad yang panas terik, satu pasukan bola futsal bergelar "Lecturers All Stars" turun padang menyertai pertandingan Futsal Remaja Kebangsaan Quest 2009. Lecturers All Stars dibintangi oleh beberapa pemain berbisa Hanzler, Jessie, Khulio, Ajey, Shakey, McDee (bukan nama-nama sebenar) and one import Irish counterpart Ayah SiHakim telah berhempas pulas perut, peha dan sebagainya mengejutkan pihak lawan dengan aksi-aksi yg menarik memukau penonton seramai 13 juta orang. Dengan berbekalkan pengalaman yang ada team the Stars memang sukar ditandingi dari segi gaya dan gebang mereka. Namun apakan daya team all stars berjaya mengekalkan rekod tanpa menang sepanjang permainan. Walaupun team allstars merasakan mereka disabotaj dari segi masa perlawanan dan juga sogokan meehun berminyak bertujuan melemahkan kuasa fizikal yg sepatutnya mantap tetap merasakan pengalaman ini sungguh berbaloi. Dengan berakhirnya perlawanan Team AllStars berasa bangga yang amat kerana dapat meletakkan tahap kecerdasan mereka sama taraf dengan tahap kecerdasan remaja kebangsaan Quest terutamanya apabila dalam game 2nd last team allstars seri 1-1 dengan alumni quest yang dibintangi oleh pemain kononnya berbisa seperti Amirulbalingkedah. Kesudahan perlawanan team allstars kalah 4 kali dan seri 1 kali. Rekod ini sememangnya membanggakan.

Dalam 5 perlawanan sengit Lecturers AllStars bertembung dengan pasukan pasukan yang mantap dari seluruh pelusuk dunia. Namun tentangan sengit tetap diberikan walaupun bergelar pasukan 'underdog'. Pasukan musuh kadang-kadang terpaku dengan aksi hebat pemain allstars.

Penyerang allstars Jessie berjaya memikat hati penonton dengan aksi kungfu kick angin yg sememangnya berniat untuk merembat bola dengan deras tetapi malangnya tidak kena pula. Jessie terpusing kepeningan bingung dengan apa yang terjadi.

Gaya si Shakey apa kurangnya apabila beliau menunjukkan skill skill yg bermutu tinggi 'out of this world' dengan menyepak atau tersepak kaki kaki penyerang musuh. Nasib baik beliau tidak memakai senjata rahsia beliau iaitu boot askar yang dipakainya tahun lalu.

Hanzler seorang lagi penyerang berbisa all stars memaparkan larian larian yang dalam hati beliau terasa laju sungguh namun jika diperhatikan diluar gelanggang seperti kura kura berlari dengan slow motionnya. Rembatan beliau yang kencang ternyata tidak dapat diselamatkan oleh keeper keeper pihak musuh oleh kerana kelajuan rembatannya yang amat dashat sekali tetapi apakan daya, selalunya tersasar dari target.

Khulio, pula menggunakan kuasa aura jeritan ala remaja wanita mengelirukan pihak musuh yg sememangnya keliru. Aksi climax khulio ternyata berkesan apabila beliau menggunakan kuasa terbang tergolek bak gajah jatuh terguling dan tidak bangun bangun lagi.

Ajey the old timer ternyata sukar ditandingi. Aksi gaya 'fast feet' beliau memukau musuh dan agak mengelirukan. Kaki beliau bergerak pantas bak pantasnya kilat tapi bola tak juga bergerak kerana sepakan beliau jarang mengena sebenarnya. Namun kehadiran beliau sebagai 'old timer' dlm skuad 5 bintang ini memberi makna yang cukup besar dan memotivasikan pemain-pemain allstars yang lain.

Ayah sihakim 'The Irish Guy' dengan status import paling murah dibeli oleh kelab ini berjaya menunjukkan prestasi cemerlang dengan beraksi dlm pelbagai position. Ternyata cubaan beliau sebagai goalie tidaklah menjadi seperti yang diharapkan. Byk butir gol juga terlepas begitu sahaja. Apabila di temuramah oleh pihak media alasan yang diberikan ialah beliau tidak dapat menyesuaikan diri dgn cuaca malaysia yang agak panas berbanding dengan Irish weather yg sememangnya nyaman dan sejuk.

McDee, kali ini pula agak mengecewakan kerana beliau sedang bergelut dengan masalah disiplin. McDee tiba lewat ke tempat perlawanan. Khabarnya beliau tertinggal flight dari London dan terpaksa berkejar ke tempat kejadian dengan menaiki submarine. McDee menyerlah dalam perlawanan pertama beliau dengan beberapa 'save' yang mengancam serta terbangan terbangan yang tak sepatutnya dilakukan kerana bola sudah out pun sebenarnya. Mungkin kerana dia pentingkan kualiti gaya dari segalanya.

Setelah berakhirnya 5 perlawanan Team Allstars terpaksa akur. Mereka gagal ke peringkat seterusnya. Walaubagaimana pun team ini akan muncul lagi diperlawanan peringkat antarabangsa. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai. Lecturers All Stars akan mengorak langkah membeli jersi baru sebagai persiapan menghadapi perlawanan diperingkat Asia nanti. Kepulangan team Lecturers All Stars amatlah dinantikan oleh peminat-peminat sukan bola sepak tanahair. Tunggu sahaja perkembangan terbaru mereka.

8 comments:

-mighu- said...

saja je bagi seri...
kesian kat lecturers all stars balik tak de point..
1 pun ok la...

hanzler said...

Ces.. dasar tak sedar diri. Kami memang power mengaku je lah. Kami cuma lambat panas. kalau ada game lagi sah menang.

a4aja said...

sj je nk enterframe.tumpang gelak2 jugak..hehehe..bravo!

cintamuhammad said...

peh sir, caya la. bley jd plapor sukan yg best sir ni smpai tbahak2 kitorg gelak. keep t up ya!

-mighu- said...

memang klu ada game lagi sah menang..
MENANGgung kekalahan...

a4aja said...

amir mmg x syg mulut! haha

hanzler said...

memang tak insap insap budak ni.. Ya Allah Ya Tuhanku insafkanlah budak ini tunjukkan dia jalan yg sret sekali . ameeen.

moonie said...

panjangnyer entry..org men futsal kat dalam court yg der bumbung besenyer...ni panas jerk ...huhu..

lawak tul...cik Hanz men jadik per ari 2..