Thursday, February 5, 2009

Kesan Kegawatan Ekonomi Pertama Yang Ku Alami!

Keadaan yang tidak menentu sekarang ini seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan tv sedikit sebanyak memberi kesan kepada kehidupan manusia. Kes tutup kedai sana sini, pengangguran semakin meningkat, harga barang tidak menentu, keyakinan terhadap pasaran menurun dan sebagainya. Liverpool pun kalah lagi. (Aik takda kena mengena). Tapi tak apa. Dengan berita berita seperti ini setidak-tidaknya mempengaruhi manusia alam sejagat yang ingin meneruskan kehidupan. Masyarakat akar umbi yang bergantung kepada mata pencarian menerusi pekerjaan-pekerjaaan yang mana terlibat dengan pasaran dunia akan mengalami kesan kegawatan ini secara langsung. Kilang tutup maa!! Adus kasihan juga bunyinya. Tapi apakan daya. Kita hanya mampu melihat dan mendengar sahaja.

Namun dengan tidak semena-mena aku telah sipi-sipi terkesan dengan kegawatan yang menimpa ini. Adakah aku dibuang kerja? Oh tidak. Ya Allah jangan lah jadi begitu ya. Adakah aku tak cukup makan? Oh aku hari-hari aku ditimpa kekenyangan yang melampau. Adakah anak bini kelaparan. Oh sekali-sekali tidak. Hanya isteri ku tercinta yang tak mahu makan. Diet agaknya. So apakah sebenarnya yang gawat buat diri ku?.

Takda pun. Sikit-sikit terkesan dengan harga minyak je. Yang lain alhamdulillah setakat ini.

Cuma yang aku ingin kasi tahu dekat sini ialah aku telah hampir-hampir berjumpa dengan orang yang telah dilanda kegawatan dan aku nyaris memukulnya dengan kayu golf ku. Agak agaknya dia mengalami masalah kewangan dan sumber pencarian telah tiada lagi. Mungkin dia seorang yang terdesak ketika itu. Mungkin dia seorang businessman yang telah pun bankrap. Mungkin juga bos dia tidak membayar gajinya. Apa pun andaianku, sesungguhnya dia lah manusia yang bergelar pencuri. Dia cuba masuk kerumah ku dua malam lepas melalui atap rumah kira-kira pada pukul 4.30 pagi ketika aku dan ahli keluarga ku sedang tidur nyenyak.

Suasana menjadi kompius apabila jiran sebelah ku menelifon handphone isteri ku di pagi buta. Jiran tu pompuan. Seorang amoi tinggal dengan akaknya yang juga amoi. Kakaknya tiada dirumah kerana outstation agaknya. Kami dikejutkan dengan deringan handphone dan car alarm berbunyi dengan kuatnya. Aku meluru ke pintu hadapan. Jiran ku sudah kat luar memegang torchlight sambil panik dia berkata-kata "Aiyyaa.. you tatak denga ka itu olang ada atas bumbung! Ada penculi oo!. Aku bergegas mencari apa yang patut, kayu golf ku menjadi mangsa. Iron 9!! Kebetulan semua tidur di tingkat bawah jadi agak sedikit gelap ditingkat satu. Wadus sungguh menggigil badan ku menolak pintu bilik di atas. Dengan berbekalkan doa dan kayu golf 'Iron 9' aku memberanikan diri menerjah pintu bilik air master bedroom ala-ala "american gangsters" heronya russell crowe. Namun apa yang ku jumpa hanyalah bayang-bayang orang memegang kayu golf seperti ala-ala macam aku. Oh rupa-rupanya aku nampak diri ku sendiri dalam cermin bilik air. Terdetik dalam hatiku, macho juga mamat ni.

Mungkin dia sudah lari. Beberapa minit kemudian, polis datang dengan 4 buah kereta peronda! Waja 1.6 enjin campro baru. Siap pumpgun bagai. Mereka memeriksa seluruh rumah aku dan jiran aku tadi. Gagal. Dia sudah menghilangkan diri agaknya. Terdapat kesan-kesan retakan pada siling bumbung. Ada juga retakan yang polis sendiri buat hasil jolokan-jolokan pumpgun pada siling rumah jiranku.
Begitulah kesudahannya. Pencurinya tak juga ditemui.!

Conclusion nye, memang real kesan ekonomi terhadap kehidupan kita. Kita mungkin tidak mengenali sipencuri itu, namun aku yakin dia seorang manusia biasa yang terdesak sehingga sanggup masuk ikut atap pulak tu. Manusia akan melakukan apa sahaja ketika terdesak. Tinggi risiko yang dihadapinya. Berkemungkinan dia menemui labah-labah, lipan, cicak dan sebagainya atau jatuh tergolek dlm longkang belakang rumah ku. Namun itulah kehidupan. Aku tidak ingin menilai perbuatannya. Allah saja yang tahu! Barangkali kesempitan hidup memaksa dia berbuat begitu. Ini adalah salah satu kesan apabila sifat dunia hari ini yang semakin menekan melahirkan satu keadaan dimana kebatilan mengatasi segalanya. Kepada sang pencuri aku berharap agar kamu mengetahui apa yang kamu lakukan. Adililah diri kamu.!! Tapi kalau lah engkau datang lagi, nescaya dengan beg-beg golf akan ku baling nanti! Wallahualam.





2 comments:

KBye said...

Lepas ni, malam malam mu tidak lagi seperti selalu. Take care Brodah!

Farah Rifhan said...

Hahaha! sir, klakar la crite sir...