Sunday, June 28, 2009

Misteri bau aneh di kawasan rumahku terjawab ...

Sejurus selepas pulang dari KLIA menghantar isteri terchenta balik ke kampung halaman menjenguk ibu mertua ku yg sedang dalam recovery mode selepas operation, aku dgn imaan seperti biasa melayan kartun di astro tiba-tiba satu aroma menyusuk kalbu, menggetarkan hidungku menyelubungi seluruh rumahku. Puas aku carik punca bauan yang agak aneh dan meloyakan diseluruh pelusuk rumah namun tak jumpa-jumpa. Sampah dah dibuang, peti ais baru saja dicuci, bilik air masih berkilat, entah apakah bauan yg tiba-tiba saja menjelma dlm hidupku di ptg ahad ini? Macam-macam imaginasi dalam fikiranku. Aku hampir give-up, bo layan saja terus duduk melayan astro. Imaan seperti biasa beraksi stone nye seolah-olah tiada effect. Imaan memakai baju mamanya (pengubat rindu) agak 'focussed' dgn kartunnya langsung tidak mempedulikan papanya yang semakin konfius mencari punca pencemaran alam.


Entah macam mana aku ke luar ke porch kereta. Cuba menjenguk jenguk bawah kereta isteri ku. Gagal tiada apa yg mencurigakan. Longkang ku survey namun takdak hapa pun. Aku tengok jiran sebelah tgh membasuh kereta pun buat dek je. Mungkin hidung dia tersumbat rasanye. Heran ibnu ajaiban. Manala datang bau sebegini rupa. Aku masuk ke ruang tamu terus layan kartun bersama anak ku imaan. Dok tak sampai 5 minit tak leh tahan. Misi mencari bermula lagi. Adoiiii! Tensennn!

Sekali lagi aku keluar ke porch kereta. Kali ini jauh lagi ku melangkah sampai ke luar gate depan. Jiran dah abeh basuh keter, dia dah masuk dalam umah. Memang idung tersumbat, langsung takdak effect. Bila saja aku bukak gate, ...

"..TUUU DIAAAAA!!"

".. TAKDAK AKHLAK PUNYA HAIYAWAAANNN!!!" ..

Ada 5 butir bom atom nuclear korea utara bertaburan depan umah aku!! MAK AIII!! .. Ada lagi puluhan rumah kat sini depan rumah aku juga dia tabur..! TAK GUNA PUNYA ANJINGGG!! .. Baunya Ya Rabbiiii! .. Kencing manis boleh dibuatnye. Dah la kawan karib depa buat hal sampai selsema satu dunia. Ini geng dia plak carik pasal dengan aku! Ceittt!!

Dengan berbekalkan dendam kesumat, aku terus mencari apparatus yang sesuai untuk buat operasi segera. Memang mencabar kejantanan. Adeh. Kayu sebatang + Penyedok sampah. Bayangkan bagaimana keperitan yang aku terpaksa lalui. Aku terpaksa menguis bom-bom durjana itu masuk ke dlm penyedok dengan berhati hati takut berkecai dan bersepah merata. Setelah berjaya dengan memakai kain pelikat dan t-shirt hitam kegemaran aku terus membawa object merbahaya ke longkang monsoon drain besar 50 meter dari kediamanku. Lemparan ku mengenai sasaran ke dalam longkang yg mengalir airnya. Dengan bangganya aku melihat arus longkang yang deras itu membawa bom-bom atom ke muara, aku harap hidupan air tawar tidak terjejas nanti.

Aku berharap satu hari nanti dapat aku tangkap pesalah yang tiada akhlak itu dan membawanya ke muka pengadilan. Ciss!!

5 comments:

Nurul Hayati said...

haha.. sir, mmg suspen btul cerita sir ni.. misteri nusantara pon kalah.. :-P

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

taik binatang tu ada bau ka?

KBye said...

Agak-Agak la Entry Malatop Mcm Nie! Hahahahahaha Bom Nuclear Korea Utara...hehehehe that's funny & up todate! hahahahaha

cintamuhammad said...

lawak r sir! hahaha... sir mmg ada sense o humor yg xbleh blah langsung he... keep t up!

zulfadhli said...

hahahah... pngl CSI la sir bt DNA test..bleh tau gerangan mana yg bt pelaburan haram tu... hehehehe